Trip Balkan 3 - 17 April 2017

PERJALANAN TRIP 8 NEGARA
(BALKAN & EROPAH TIMUR) 5-16 APRIL 2017











HARI 1
5 APRIL 2017 (RABU)
  • FLY KE SARAJEVO
9AM : Jumpa di SARAJEV0 AIRPORT. Team tripkekawan akan bawa peserta ke penginapan homestay di bandar lama Sarajevo. Hari ni FREE & EASY. Boleh ronda selepas taklimat trip oleh Trip Manager (Sdr Zikri). Attractions semua dalam walking distance sahaja. Bandar lama di bawah pemerintahan khalifah Islamiyah Uthmaniyah lebih 500 tahun, dibangunkan menggunakan sistem waqaf yang amat efektif yang digunapakai oleh semua jajahan kerajaan Uthmaniyah ini. Pengasas nya ialah pemerintah yang dikenali sebagai Gazi Huzrev Beg, yang telah mewakafkan dirinya dan hartanya untuk membina bandar ini.

BOSNIA HERZEGOVINA
753M : Diketahui kewujudan
1154 : Banate of Bosnia. Orang Slavic.
1377 : Kerajaan Bosnia (Kingdom of Bosnia)
1463 : Kerajaan Uthmaniah & Islam serta peradabannya di bawa masuk ke Bosnia.
1831 : Revolusi & kemudiaannya di bawah pemerintahan Empayar Astro-Hungarian WW1 : di bawah Yugoslavia (komunis)
1992 : Merdeka dr Yugoslavia. Sekarang kerajaan campuran selepas konflik & perang saudara dahsyat antara Bosnia Muslim & Serbs Kristian. Peperangan berlangsung sehingga 1995.

• EKONOMI : Antara negara termiskin semasa zaman pemerintahan Yugoslavia. Negara Pertanian.
• POPULASI : 4.6 juta (2007). Muslim 40%, Kristian 45%.
• MASJID : Terdapat banyak masjid terutama di bina semasa di bawah zaman kerajaan khalifah Uthmaniyah tetapi banyak yang telah rosak, musnah atau tidak digunakan. Antara faktornya ialah kerana selepas kejatuhan kerajaan Uthamniyah, Islam tidak dipraktis dengan baik dan hanya tinggal pada nama sebahagian besarnya.

TEMPAT MENARIK SARAJEVO
• Laman Bascarsija (1462m)
• Masjid Bascarsija
• Masjid Maharaja (Emperors Mosque) (1457m, masjid tertua di Sarajevo)
• Latin Bridge (di mana bakal pemerintah Astro Hungarian Empire di bunuh & antara asbab bermula WW1)
• Masjid Gazi Huzrev Bay (& madrasah yang dah jadi museum) (1531)
• Markale Market (dibina oleh Gazi Huzrev sebagai punca pendapatan untuk support masjid2 dan madrasah)
• Vrelo Bosne (Taman indah dengan air sungai bersih) dan banyak lagi. Kebanyakan attractions dan tempat bersejarah ini boleh di lawati berjalan kaki sahaja di kawasan Sarajevo Old Town

5 April 2017





















HARI 2
6 APRIL 2017 (KHAMIS)
  • SARAJEVO > MOSTAR (3jam) > KOTOR, Montenegro(4.5 jam)
9am Cek out & dan gerak ke Mostar. Singgah di Jablanica (dalam 2 jam perjalanan) untuk pekena kambing golek terbaik di Bosnia (ZDRAVA VODA)

2pm : Tiba Mostar. Lokasi jambatan bersejarah Stari Most yg kena bom masa perang saudara dan binaan semula banyak di bantu oleh tentera Malaysia, serta bandar lama indah dan banyak sejarah Islam dan sejarah pahit perang saudara 1991 dahulu. Banyak juga jual cenderahati di sini. Solat Zuhur asar jamak qasar di sini.Juga ziarah kubur syuhada semasa perang Bosnia-Serbia dahulu.

4pm : Gerak ke Kotor, Montenegro. Singgah di Vrelo Bruno , sungai dari gua yang cantik dengan restoran indah ditepian air. Dalam 40 mins dr Mostar. Kemudian teruskan perjalanan ke KOTOR Montenegro.

10pm : Jangka tiba penginapan di Apartment Markovic.

6 April 2017




























HARI 3
7 APRIL 2017 (JUMAAT)
  • KOTOR > TIRANA, Albania
7am : Cek out apartment dan gerak ke Tirana Albania.
Tempat menarik dalam perjalanan :
  • Lady of the Rock : pulau kecil buatan ada gereja kecil di dalamnya
  • Budva : pekan tepi laut yang indah
  • Sveti Stefan : pulau kecil yang menjadi resort eksklusif yang indah, 6km ke selatan Budva. Asal wujud 1442m sebagai kubu.
  • Stari Bar : kota pertahanan lama sejak zaman Byzantine, empayar Serbia (dinasti Nemanjic) 1040m > dikuasai oleh Republic of Venice 1360m > Khalifah Uthmaniyah 1571m sehingga 1877m (306 tahun) > Montenegrin-Uthmaniyah war, Uthmaniyah kalah pd 1878m.
Singgah solat Zohor Asar jamak qasar di Stari Bar, serta makan juga di sini. Ada kedai halal cuma masih menyajikan arak di premis. (bergantung kepada timing)

12pm : set GPS ke penginapan di HOTEL Viktoria

TIRANA : di asaskan oleh Sulaiman Pasha pada 1614 sehingga jatuhnya Khalifah Uthmaniyah pada 1925 > di bawah pemerintahan diktator Enver Hoxha selama 60 tahun. Lebih 60% penduduk muslim tetapi masih ramai belum mengamalkan Islam secara konsisten dan kerajaan serta masyarakat tidak menyokong muslim yang praktis Islam di sini (buat masa ini).

Tempat menarik di TIRANA Albania
  • Skanderbeg Square : Dataran tengah bandar Tirana yang juga terletak Clock Tower dan Masjid Ethem Bay.
  • Clock Tower :imej Tirana dan di tengah bandar Tirana
  • Masjid Ethem Bay : 28 tahun utk di bina dan siap pada 1821m. Terletak di tengah bandar Tirana.
  • Taiwan Complex (Kompleksi Tajvani) : Antara kompleks membeli belah terbesar di Tirana
  • Istana Petrela : Istana yang dikatakan lebih 2000 tahun umurnya.
  • Jambatan BRAR : jambatan senibina Uthmaniyah indah yang terletak di Mt Datji National Park (melalui laluan Myslym Keta Street). 1612M atas aras laut, dalam 45 mins dari Tirana.

7 April 2017























HARI 4
8 APRIL 2017 (SABTU)
  • TIRANA > OHRID > BITOLA
8 am : Cek out apartment dan set ke OHRID.
1130am : Jangka tiba OHRID. Pekan kecil tepi Lake Ohrid yang indah. Makan tengahari & solat disini. Di bawah UNESCO Heritage site. Jika sempat, boleh naik boat cruise sekitar Lake Ohrid yang jernih & bersih ini insyaAllah.

OHRID : wujud sejak Empayar Byzantine dan di bebaskan serta di majukan semasa di bawah khalifah Uthmaniyah. Dikatakan lebih 300 tahun Uthmaniyah bertapak & mengembangkan kawasan ini. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah sekitar 1930an, ia di bawah kerajaan komunis Yugoslavia. Setelah jatuh Yugoslavia pada 1980an, ia menjadi sebahagian dari Republik Macedonia.

2pm : Gerak ke BITOLA. Set GPS ke Hotel Theatre (stiv Naumov 35, Bitola 7000 macedonia) 
4pm : Jangka sampai hotel. Rehat dan boleh gerak ronda pekan BITOLA jalan kaki dari hotel.

BITOLA : Kaya dengan sejarah. Dikatakan bermula dari zaman Rome, sekitar 148 BC. Ia besar dan maju sehingga mempunyai ampiteater yang boleh memuatkan 3000 orang > kemudian di bawah Empayar Byzantine (sekitar kurun ke 3 AD). Ia banyak kali juga di serang dan bertukar tangan untuk merebut tempat ini dengan kerajaan lain seperti SLAVIC dan empayar BULGARIA > ia di bawah khalifah Uthmaniyah pada kurun ke 14 dan menjadi bandar yang amat penting dan aktif dalam perdagangan dengan negara2 bersebelahan. Dikatakan pada sekitar kurun ke 17, ia mempunyai lebih 70 masjid, 900 kedai dan pelbagai kemudahan lain

8 April 2017


































HARI 5
9 APRIL 2017 (AHAD)
  • BITOLA > SOFIA Bulgaria (380km, 5.5 – 6 jam)
9 am : Cek out dan set GPS ke Sofia. Bulgaria ( tukaran duit, 1 euro = 1.90 LEV, atau 1 LEV = RM2.20)
3pm : Jangka tiba bandar Sofia. Terus cek in ke apartment (INFINITY RESIDENCE SOFIA). Rehat & solat.
5pm : pusing bandar Sofia.

SOFIA : bandar yang sejarahnya di katakan lebih 2500 tahun sejak empayar Rome (antara tertua di negara Balkan). Ia wujud kerana adanya sumber air mineral dari 4 sumber besar. Apabila empayar Rome jatuh, era Byzantine juga menyaksikan Sofia ini berkembang. Kemudian dibawah khalifah Uthmaniyah, ia menjadi antara pusat pendidikan dan dakwah yang penting. Sebahagian sejarawan Islam menyatakan, semasa kemuncak kegemilangan Sofia semasa zaman Uthmaniyah, ada lebih 100 masjid di bandar ini dan beberapa universiti tersohor. Tetapi, hampir kesemua tanda kegemilangan & mercu Islam telah di musnahkan setelah jatuhnya Uthmaniyah pada abad ke 20, dikuasai pula oleh Astro-Hungarian kerajaan dan kemudian jatuh ke tangan pemimpin komunis Yugoslavia.

Antara yang menarik di sini
  • Masjid Banya Bashi : di katakan di bina sekitar 1650an oleh arkitek tersohor Mimar Sinan (yg juga mereka bentuk banyak masjid lain di Istanbul). Hanya masjid ini yang tinggal dari empayar Uthmaniyah.
  • Alexander Nevski Church : Gereja Kristian Orthodox terbesar di dunia.
  • Hagia Sophia Church : dikatakan di bina pada kurun ke 6 dan semasa zaman Uthmaniyah telah dijadikan masjid.
  • Ampitheatre Serdica : dari zaman Roman. Terletak dalam lobi hotel (Arena di Serdica Residence, 4 Budpeshta Street

9 April 2017































HARI 6
10 APRIL,
ISNIN
SOFIA > SIBIU ROMANIA (470km, 8-9jam)
8am : Cek out apartment dan gerak ke Sibiu. Perjalanan agak jauh & lama hari ini. Sebaiknya sediakan makanan tengahari sekali (bungkus)
untuk alas perut dalam perjalanan.
6pm : Jangka tiba Sibiu. Bandar maju di Romania dan antara pendapatan per kapita tertinggi di Romania. Bandar retail & tourism dengan
banyak kesan dari Middle Ages dari Germany. Terus ke HANUL VESTEM Hotel (N 045° 44.990, E 24° 6.711, Tel : +40 745 703 845) , Dumbrava
Sibiuli, 100302 Sibiu

HARI 6
10 APRIL 2017 (ISNIN)
  • SOFIA > SIBIU ROMANIA (470km, 8-9jam)
8am : Cek out apartment dan gerak ke Sibiu. Perjalanan agak jauh & lama hari ini. Sebaiknya sediakan makanan tengahari sekali (bungkus) untuk alas perut dalam perjalanan.

6pm : Jangka tiba Sibiu. Bandar maju di Romania dan antara pendapatan per kapita tertinggi di Romania. Bandar retail & tourism dengan banyak kesan dari Middle Ages dari Germany. Terus ke HANUL VESTEM Hotel , Dumbrava Sibiuli, 100302 Sibiu

10 April 2017




























HARI 7
11 APRIL 2017 (SELASA)
  • SIBIU > TRANSFAGARASAN > BUDAPEST Hungary (700km, 11-12jam)
7am : Cek out apartment dan gerak ke Transfagarasan & Balea Lake. Ia di katakan antara jalan tercantik di dunia. Melalui Cartisoara >Transfagarasan > Balea Lake (dalam 60km dari apartment).

10am : gerak dari Balea Lake ke Budapest Hungary. Jarak dalam 650km. Akan memasuki kembali sempadan EU yang mungkin mengambil masa berbanding sempadan lain. Set GPS ke MAPLE TREE BUDGET APARTMENTS 

10pm : Jangka tiba Budapest. Cek in & solat & rehat.

SEJARAH & INFO BUDAPEST (HUNGARY)

Ibu negara Hungary yang ada 2 bandar sebenarnya iaitu BUDA dan PEST dan dipisahkan oleh Sungai Danube, antara terpanjang di Eropah merentasi negara2 lain.

SEJARAH
AD106 : Empayar Rom membina tembok & penginapan askarnya di sini. Sebahagian dari Wilayah OBUDA. Lama kelamaan orang awam pun ada. Tempat ini dikenali sebagai “Aquincum”.
Jan 1001 : Raja Hungary menjadikan ia negara Kristian
1241 : di tawan oleh empayar Mongol
1541 : di masuki dan dibebaskan oleh kerajaan Islam Uthmaniyah. Banyak peradaban Islam dari segi akhlak, ilmu, pembinaan (terutama air & tempat mandi awam “hammam” yang di bina) semasa kerajaan Islam tetapi banyak yang telah dirobohkan dan sejarahnya di hapuskan. Gul Baba, seorang ulama & ahli sufi serta botanis juga telah memperkenalkan bunga ros (dr Turki) di sini dalam usaha dakwahnya untuk Islam. Empayar Islam di sini hampir 145 tahun.
1686 : Empayar Habsburg dari Austria menewaskan kerajaan Uthmaniyah di sini 1867 : Empayar Astro-Hungarian.
1918 : Revolusi dan WW1 & WW2 jatuh ke kerajaan Germany
1989 : Reformasi dan pada 2004 menjadi sebahagian dr EU. (European Union).

POPULASI : 9.8 juta penduduk. (Kristian 90%, Yahudi 7%, Islam 2%)
MASJID : 41., Fehérvári út, Budapest, , HUNGARY 
RESTORAN HALAL : berdekatan dengan masjid. (tidak semua Kebab Turki di sini halal)
MATAWANG : HUF (Forint). 1 EURO = 300 HUF (Feb 2015)

ATTRACTIONS
1. Castle Hill
2. Parliment
3. Central Market Hall
4. Gul Baba Kubur/Persemadian
5. Chain Bridge dan beberapa lagi tapi kebanyakan nya gereja dan tempat menarik orang Kristian

11 April 2017




















HARI 8
12 APRIL 2017 (RABU)
  • BUDAPEST
Hari ni ronda Budapest. Free & Easy.
12 April 2017






















HARI 9
13 APRIL 2017 (KHAMIS)
  • BUDAPEST > ZAGREB Croatia (350km, 4.5jam)
8am : cek out apartment dan gerak ke Zagreb.

1pm : Jangka tiba Zagreb.Terus ke Pusat Islam Zagreb untuk makan & solat. Di bina 1981, siap 1987.

3pm : Gerak ke bandar Zagreb dan ronda sekitar sini.

5pm : Gerak ke HOSTEL ZAGREB 

SEJARAH CROATIA/ZAGREB

850M : Dinasti Trpimivovic (Raja Tomislav)
1102 : Kerajaan Hungary
1526 : di bawah kerajaan Islam Uthmaniyah (kerana Hungary di bawah kerajaan Islam Uthmaniyah) tetapi negara ini meminta & mendapat status negara merdeka di bawah Uthmaniyah.
1918 : selepas WW1, di bawah Kingdom of Serbs, Croats & Slovenes
1929 : Revolusi dan di bawah Yugoslavia
1991 : Merdeka selepas jatuhnya Yugoslavia. Baru menjadi ahli EU pada 2013.

POPULASI :1.2 juta penduduk. Majoriti Kristian dan minoriti Islam (dlm 3-4% dr populasi) 
MASJID : Pusat Islam Zagreb (GPS 45.79122, 16.01104).

TEMPAT MENARIK
Masuk ke dalam bandar dan ada beberapa parking basement di shopping centre. Dari situ boleh berjalan kaki sekitar bandar lama & baru ini.
KEDAI HALAL : agak susah untuk di dapati di bandar Zagreb. Restoran Halal terdapat di Pusat Islam Zagreb

13 April 2017





HARI 10
14 APRIL 2017 (JUMAAT)
  • ZAGREB > BANJA LUKA Bosnia > JAJCE > TRAVNIK Bosnia (300km, 6.5jam)
8am : gerak ke Jajce melalui Croatia (kena lalu lagi border crossing) dan kemudian border Bosnia pula. Kita akan solat di masjid dalam 5km selepas masuk border Bosnia. Kawasan ini dalam BanjaLuka (majoriti Serbia Kristian yang dendam masih tinggi).

3pm : jangka tiba Jajce. Bandar indah dengan waterfall. Jajce waterfall. Kemudian ke Watermills di Lake Pliva 

5pm : Gerak ke TRAVNIK (dalam 2 jam perjalanan) untuk ke motel di sini. Nanti malam kita ziarah di Masjid Kalibunar bersama imam dan masyarakat Islam tempatan. Masjid Kalibunar antara masjid terbaik di Bosnia. Tripkekawan juga telah beberapa kali bekerjasama dalam program dakwah di sini Alhamdulillah. Travnik juga terkenal sebagai tempat di mana masyarakat Bosniak paling Islamik dan mempunyai madrasah terbaik di Bosnia.

7pm : Jangka tiba HOSTEL TRON di Travnik

14 April 2017












































HARI 11
15 APRIL 2017 (SABTU)
  • KALIBUNAR > SARAJEVO (2.5 JAM)
8am : Selepas sahur & solat subuh Jemaah, insyaAllah boleh cek out 8am. Berjalan kaki ziarah air sungai biru di Travnik yang terkenal dan jika larat panjat, akan naik ke kubu/fortress yang telah di bina sejak 1650an dahulu sewaktu zaman Uthmaniyah.

3pm : gerak ke Sarajevo

530pm : Jangka tiba apartment di Cumurija Homestay. Rehat & aktiviti bebas

15 April 2017



























HARI 12
16 APRIL 2017 (AHAD)
  • SARAJEV0 > ISTANBUL > KUL
630am : cek out dan ke airport. Untuk flight ke istanbul (Turkish Airline, TK1022) pada 9.00am berlepas dan pulangkan van sewa.

1155am : tiba ISTANBUL Airport. 

16 April 2017





TRIP TAMAT












Comments